Iklan Jawatan Kosong Terkini


Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Posted in Kerja kerajaan by iklankerjaya on 13 July 2010
Tags: , , ,

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan
bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. PEMBANTU TEKNIK

(A) Jawatan : Pembantu Teknik
(B) Gred Jawatan : J29
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji :
P1T1 RM1549.40-P1T21RM3046.80
P2T1 RM1620.49-P2T21RM3241.91
P3T1 RM1694.60-P3T21RM3430.90

Bidang Tugas
Melaksanakan dan mengurus tugas-tugas melaksanakan projek-projek Kejenteraan Ladang di pusat-pusat Kejenteraan Ladang Pertubuhan Peladang.

Syarat-syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan pertanian atau kejuruteraan mekatronik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik dan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Teknik Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI
2. (A) Jawatan : Pembantu Ehwal Ekonomi
(B) Gred Jawatan : E17
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji :
P1T1 RM821.89- P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32- P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26- P3T24 RM2399.46

Bidang Tugas:
Membantu Pengurusan Pertubuhan Peladang, mengurus dan mentadbir Pertubuhan Peladang Kawasan dalam pelaksanaan projek-projek ekonomi, perniagaan, keahlian, kredit dan hal ehwal sosial Pertubuhan Peladang.

Syarat-Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8);dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Keutamaan bagi calon yang mempunyai Sijil Institut Pertanian (SIP).

TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN

Permohonan dihantar terus kepada:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR

(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005. Hanya calon yang berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil
untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2010 (Rabu).

——————————————————–

3. PENOLONG AKAUNTAN
GRED JAWATAN : GRED W36
TARAF JAWATAN : TETAP
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN KEWANGAN
GRED GAJI :
P1T1 RM3,005.94 – P1T11 RM4,444.32
P2T1 RM3,216.18 – P2T11 RM4,916.21

Syarat-Syarat Lantikan :
1. Penolong Akauntan Gred W32 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W36 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (Purata LNPT tiga tahun – 2007, 2008, & 2009 mencapai 80% dan keatas);
(c) lulus semua peperiksaan penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(d) diperaku oleh ketua jabatan;
(e) bebas dari tindakan tatatertib;
(f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
(g) lulus laporan pengisytiharan harta; dan
(h) mengisi dengan lengkap Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan

4. PENOLONG AKAUNTAN

GRED JAWATAN : GRED W32
TARAF JAWATAN : TETAP
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
GRED GAJI :
P1T1 RM2,416.06 – P1T13 RM3,595.78
P2T1 RM2,626.30 – P2T13 RM3,914.98

Syarat-Syarat Lantikan :
1. Penolong Akauntan Gred W27 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W32 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (Purata LNPT tiga tahun – 2007, 2008, & 2009 mencapai 80% dan keatas);
(c) lulus semua peperiksaan penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(d) diperaku oleh ketua jabatan;
(e) bebas dari tindakan tatatertib;
(f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
(g) lulus laporan pengisytiharan harta; dan
(h) mengisi dengan lengkap Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan

MUAT TURUN BORANG PERAKUAN DAN BORANG KENAIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Julai 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: